Nov 13, 2012

salam maal hijrah 1434H

hello and assalamualaikum kepada semua. jadi hari ni bermulalah lembaran baru tahun baru dalam islam,iaitu 1434H,which means perubahan yang baru perlu dilakukan,penghijrahan dari yang jahat kepada kebaikan,yang baik menjadi lebih baik dan diharapkan agar tahun baru ini akan membawa seribu kerahmatan dan keberkatan kepada diri kita. setiap manusia akan dan pastinya melakukan kesilapan dan pastinya terdapat kekhilafan serta ketidaksempurnaan dalam diri kita. pastinya terdapat peluang untuk kita membetulkan kesilapan tersebut. hargailah setiap nikmat yang telah diberikan kepada kita kerana tidak semua manusia bernasib baik seperti  kita. jika hari ini kita berasa susah,ingatlah sesungguhnya ada yang lebih susah daripada kita. dan ALLAH tidak  akan menguji hambaNYA melebihi kemampuan diri hambaNYA itu. keinsafan tidak datang bertemu manusia berdasarkan usia ataupun darjat seseorang itu tetapi bergantung kepada tali keimanannya sendiri,sama ada kukuh ataupun rapuh.saya bukanlah seorang yang sudah arif tentang perihal agama ISLAM,sebaliknya saya juga sedang berusaha memperbaiki diri saya,cuma saya ingin mengajak saudara'' seISLAM yang lain agar sama'' menghayati pengorbanan yang telah dilakukan oleh RASULULLAH dan para pengikutnya.apalah gunanya hanya tahun yang berganti,padahal kita semua masih berada di  takuk yang lama,sekian assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment